Cerpen Kehidupan Nyata ~ Setelah pada kesempatan beberapa saat yang lalu saya sudah pernah postinga artikel tentang KUMPULAN CERITA
,
kali ini giliran saya masih menceritakan dengan tema yang sama yaitu
kisah sedih juga. Cerita pendek tentang kehidupan nyata seseorang ibu,
dimana seorang ibu yang telah melahirkan kita semua. Mungkin dibalik
cerita ini kita bisa ambil hikmahnya dalam kehidupan
.
Ada kaum wanita menempuh
kepayahan hidup di awal remaja mereka dan berubah kepada lebih baik
setelah dia bekerja dan berumah tangga.
Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak semakin besar.
Ada juga yang susah di penghujung hayat mereka. Inilah yang menyedihkan.
"Nasib saya tidak seperti ibu ibu di atas tadi, boleh saya katakan
hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak dari saya
berada di zaman remaja hinggalah setelah saya bercucu sekarang."
"Saya rasa mungkin saya salah seorang ibu malang di dunia ini, namun
saya taklah kesal sudah nasib saya. Ini kehendak Allah saya redha,
tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya hancur
seperti kaca terhempas ke batu,''
Demikian cerita Puan
Hamizah dalam surat pendek yang dihantarkannya dan ketika kami berbual
petang Isnin lalu. Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi
perbualan kami terputus-putus, kerana gangguan cucu menangis dan beliau
takut bercakap terlalu lama di telefon bimbang anak menantunya tidak
dapat menghubunginya di rumah kerana telefon sedang digunakan. Jadi kami
berbual kira-kira 6 minit setiap panggilan. Hinggalah saya faham
perasaan hati beliau yang terluka selama ini.
"Dah lama
sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang
boleh saya percayai, lagi pun kehidupan saya yang terkurung tidak
mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang. Nak cakap dengan jiran
takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar